Pencapaian cemerlang Afdlin_Shauki_bin_Aksan

Pada 26 September 2017, Afdlin dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Selain beliau, usahawan kosmetik terkenal dan pengasas syarikat kosmetik D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dianugerahkan darjah Sri Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.[29][30][31][32][33][34]

Beliau bersama-sama dengan Nam Ron, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Zahiril Adzim, Chew Kin Wah, June Lojong, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[1]